Hari kedua perkhemahan Southern Volunteers Camp dimulakan dengan aktiviti pembersihan persisir pantai di Tanjung Surat, Desaru. Fokus adalah pengutipan sampah di pantai dan kawasan sekitar sama ada yang hanyut dari laut atau dari para pengunjung.
Selesai aktiviti tersebut, peserta didedahkan kepada kaedah pertolongan awal kecemasan yang dijelaakan oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor. Peserta diajar kaedah-kaedah rawatan kecemasan dan belajar pelbagai jenis anduhan dan ikat yang boleh digunakan untuk membantu mangsa bencana yang cedera.
Peserta juga turut menerima lawatan dari YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor yang hadir bersama YB Dayo’ On bin Jabbar@Ja’afar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) untuk melihat dan beramah mesra bersama para peserta. Beliau sempat menyampaikan amanat serta menyerahkan sijil penyertaan kepada peserta dan sijil penghargaan kepada wakil Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor. Selesai majlis tersebut mereka mula bergerak ke Dataran Tasik Bandar Penawar untuk bersama memeriahkan Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Johor 2024.
Setelah tamat majlis tersebut para peserta mula bersedia untuk makan malam dan malam kebudayaan yang menyaksikan setiap kumpulan mempersembahkan pelbagai persembahan kumpulan masing-masing bagi merebut hadiah persembahan terbaik dari pihak penganjur.
Tempat Majlis
Nama Tempat
JohorLokasi
Dataran Tasik, Bandar PenawarNombor Telefon
654165030Majlis Tamat Tempoh