• Southern Volunteers
  • svjohor@gmail.com
Visitors : 332,442
SEMARAK SUBUH, MAJLIS PELANCARAN XTIF JOHOR PERINGKAT NEGERI JOHOR & SV GO GREEN 2025

📆 24 Ogos 2025
📍 Dataran Pantai Air Papan, Mersing
Sekitar Program Semarak Subuuh, Majlis Pelancaran Xtif Johor Peringkat Negeri Johor dan Sv Go Green 2025 yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor yang berlangsung di Dataran Pantai Air Papan, Mersing. Program yang bermula dengan Semarak Subuh di Masjid Jamek Kg Air Papan dan berakhir di Dataran Pantai Air Papan ini menyaksikan pelbagai aktiviti dan acara yang dianjurkan bagi memeriahkan program ini. Selesai program Semarak Subuh di Masjid Jamek Kg Air Papan, YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi bersama para peserta larian memulakan larian Fun Run sejauh 2.5 km menuju lokasi majlis pelancaran ini. Setibanya di lokasi beliau sempat meluangkan masa beramah mesra dan menyantuni para pengunjung dan turut sama mencuba beberapa aktiviti sukan pantai seperti Penalty Shootout dan Volleyball Pantai.Sebagai simbolik pelancaran SV Go Green beliau dan beberapa tetamu jemputan menanam pokok kelapa sebelum bergerak ke khemah utama bagi melancarkan Program Xtif Johor Peringkat Negeri Johor. Dianggarkan seramai 5,000 orang Southern Volunteers dan peserta meramaikan dan memeriahkan suasana persekitaran majlis ini.
Turut sama hadir pada majlis ini adalah YB Dato’ Haji Asman Shah bin Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor; YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan, Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Johor; Ybhg Tuan Haji Mohd Jamil Hasni bin Abdullah, Pegawai Daerah Mersing; YB Dato’ On bin Jabbar @ Ja’afar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) serta ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor dan ketua-ketua jabatan dan agensi negeri Johor.

Related Post