📆 18 Februari 2025
📍 Stadium Sultan Ibrahim
JDT membuktikan ia adalah pasukan yang bukan mudah dijinakkan dengan membenam pasukan Pohang Steelers 5-2 pada perlawanan AFC ACL Elite di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. Walaupun pihak lawan yang menjaringkan gol di awal perlawanan, JDT bangkit dan menyusun semula pergerakan dan strategi hingga membolehkan 3 mata penting dikumpul bagi meletakkan JDT di tangga yang ke-4 Kumpulan A AFC ACL Elite. Dengan keputusan ini, JDT telah mencatatkan sejarah dengan layak buat pertama kali ke pusingan ke-16 ACL Elite 2024/2025, satu-satunya pasukan Malaysia yang berjaya berbuat demikian. Bakal menemui JDT di pusingan 16 ini adalah pasukan Gwangju yang telah menduduki tangga ke 5 Kumpulan A liga ini.
Tahniah diucapkan kepada pasukan JDT di atas pencapaian yang terbaik bagi tahunb 2025 ini. Jutaan terima kasih dan penghargaan juga kepada semua Southern Volunteers yang hadir menjadi pemain ke 12 dan bersama memberikan sokongan yang padu kepada pasukan JDT.
HRH Crown Prince of Johor
Onn Hafiz Ghazi
Hairi Mad Shah - HMS
On Jabbar
#SouthernVolunteers#MajuJohor#OrangMudaJohor#OMJ#XtifJohor#jdtfamily#JDTforAll#afcaclelite

