📆 5 Ogos 2025 ( Selasa )
📍 Ampang Superbowl, Kluang Mall, Kluang
Perlawanan dimulakan dengan ketibaan YDP Majlis Perbandaran Batu Pahat dan seterusnya taklimat serta format pertandingan yang telah disampaikan oleh pihak urusetia perlawanan bowling.
Simbolik pertandingan dimulakan dengan balingan pertama oleh Ybhg. Haji Ezahar Bin Haji Abu Sairin, YDP Majlis Perbandaran Batu Pahat selaku Pengerusi Bersama Southern Volunteers Batu Pahat.
Secara keseluruhannya, pertandingan berjalan dengan lancar dengan tujuan mengeratkan siratulrahim & gaya hidup sihat .. Xtif Johor.
Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat di dalam penganjuran pertandingan serta ucapan terima kasih kepada semua ahli SV & warga kerja MPBP yang turut hadir.
Kita menyaksikan kehebatan semua peserta, Semangat kesukanan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pasukan amat membanggakan.
Syabas dan terus maju jaya dalam aktiviti-aktiviti akan datang.
