📆 30 September 2025 ( Selasa )📍 Stadium Sultan IbrahimWalaupun berakhir dengan keputusan seri 0-0 pada akhir perlawanan, JDT mempamerkan mutu permainan yang terbaik di dalam perlawanan bertemu Machida Zelvia, sebuah kelab bola sepak dari Jepun. Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua Southern Volunteers yang hadir memberikan sokongan dan laungan semangat sepanjang 90 minit masa perlawanan pada hari ini.
📆 18 Februari 2025📍 Stadium Sultan IbrahimJDT membuktikan ia adalah pasukan yang bukan mudah dijinakkan dengan membenam pasukan Pohang Steelers 5-2 pada perlawanan AFC ACL Elite di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. Walaupun pihak lawan yang menjaringkan gol di awal perlawanan, JDT bangkit dan menyusun semula pergerakan dan strategi hingga membolehkan 3 mata penting dikumpul bagi meletakkan JDT di tangga yang ke-4 Kumpulan A AFC ACL Elite. Dengan keputusan ini, JDT telah mencatatkan sejarah dengan layak buat pertama kali ke...