• Southern Volunteers
  • svjohor@gmail.com
Visitors : 322,923
PROGRAM SEMINAR SERANTAU: PENERBITAN BEBAS, MENYATUKAN NARATIF, MENJAGA BATAS 2025

📆 5 Ogos 2025 (Selasa)
📍Hotel Thistle, Johor Bahru

Southern Volunteers telah dijemput untuk menghadiri Program Seminar Serantau yang bertemakan “Penerbitan Bebas, Menyatukan Naratif, Menjaga Batas” anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Program ini memberi fokus kepada :
-Etika dalam penulisan dan penerbitan kandungan
-Cabaran naratif masa kini
-Peranan belia dalam menjaga batas dalam media & sosial

Objektif Seminar :
-Meningkatkan kesedaran tentang penerbitan kandungan secara bertanggungjawab
-Memupuk kefahaman naratif yang seimbang dalam kalangan belia
-Menghargai kebebasan bersuara dengan etika

Seminar ini turut melibatkan penyertaan ramai peserta dari pelbagai latar belakang, termasuk wakil belia dan organisasi sukarelawan. Ia merupakan platform penting untuk Southern Volunteers memperluaskan pengetahuan dan jalinan rangkaian bersama agensi lain.
Southern Volunteers mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak JAINJ atas jemputan dan penganjuran yang sangat bermanfaat.


Related Post