YB Dato’ On bin Jabbar@Ja’afar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) telah hadir merasmikan majlis pelancaran Kelab J-Robik Perdana dan Rakan Kecergasan kepada Persatuan Badminton Negeri Johor. Majlis ini dilancarkan seiring dengan Kejohanan Badminton Affin 100 Plus Junior Elite Tour 2024 2nd League di Arena MBJB, LArkin.
Kejohanan badminton yang berlangsung selama 5 hari itu turut melibatkan sekurang-kurangnya seramai 100 orang sukarelawan dari Southern Volunteers yang menjadi Sukarelawan Rasmi kejohanan ini. Mereka ditugaskan secara bergilir dalam membantu kelancaran kejohanan.
Kejohanan yang melibatkan penyertaan dari penggiat sukan badminton dari seluruh negara itu mendapat sambutan yang baik dan ianya merupakan kejohanan yang terbaik dalam mencari juara pada masa kini dan akan datang.
Dengan adanga kerjasama ini ianya membuka ruang kepada ahli Southern Volunteers sebagai platform kearah memperkasa satu lagi peluang, iaitu Rakan Sukarelawan Sukan pada masa akan datang.
YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, EXCO Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, merupakan individu yang menjadi tulang belakang agar kejohanan ini dilaksanakan dengan lancar dan berjaya.
Tempat Majlis
Nama Tempat
JohorLokasi
Arena MBJB, Larkin, Johor BahruNombor Telefon
654165030Majlis Tamat Tempoh