Program ini diadakan bertujuan untuk membantu pemuliharaan pokok buluh, membersih serta menaik taraf kawalan keselamatan ladang pokok buluh disamping meningkatkan kesedaran masyarakat akan kelestarian alam.
Aktiviti Program
1. Penanaman dan Pemeliharaan:
Aktiviti menanam pokok buluh baru dan menjaga pokok buluh yang sedia ada untuk memastikan pertumbuhannya.
2. Pembersihan Kawasan:
Mengumpul sampah dan membersihkan kawasan ladang pokok buluh untuk memastikan kebersihan dan kesihatan ekosistem.
3. Naik Taraf Kawalan Keselamatan:
Menaik taraf infrastruktur kawalan keselamatan seperti pagar, tanda amaran, dan laluan pejalan kaki untuk melindungi kawasan ladang.
4. Kempen Kesedaran:
Mengadakan sesi ceramah dan pameran untuk mendidik peserta dan masyarakat mengenai pentingnya pemuliharaan alam sekitar dan peranan pokok buluh dalam ekosistem.
Tempat Majlis
Nama Tempat
UTHM Bamboo Eco Park, PagohLokasi
UTHM Bamboo Eco Park, PagohMajlis Tamat Tempoh