• Southern Volunteers
  • svjohor@gmail.com
Visitors : 300,183
Pemangku Sultan Johor Berangkat Menunaikan Solat Jumaat Bersama Rakyat

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor hari ini berangkat menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid Al-Syifa, Bandar Penawar, Kota Tinggi.
Turut mengiringi keberangkatan Baginda Pemangku Sultan Johor ialah YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor; YB Dato’ Dr. Hj. Abdul Rahim Ramli, Yang DiPertua Jumaat Majlis DiRaja Johor dan YB Tan Sri Dato' Dr. Hj. Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor.
Baginda Pemangku Sultan Johor tiba di masjid berkenaan pada jam 1.00 tengah hari disambut para jemaah yang hadir menunaikan solat Jumaat yang pada masa sama tidak melepaskan peluang bersalaman dengan DYAM Tunku Mahkota Ismail.
Masjid Al-Syifa, Bandar Penawar ini merupakan masjid kedua Baginda Tunku Mahkota menunaikan solat Jumaat sejak dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor pada 28 Januari lalu.
All reactions:
3