• Southern Volunteers
  • svjohor@gmail.com
Visitors : 332,625

📆 30 September 2025 ( Selasa )📍 Stadium Sultan IbrahimWalaupun berakhir dengan keputusan seri 0-0 pada akhir perlawanan, JDT mempamerkan mutu permainan yang terbaik di dalam perlawanan bertemu Machida Zelvia, sebuah kelab bola sepak dari Jepun. Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua Southern Volunteers yang hadir memberikan sokongan dan laungan semangat sepanjang 90 minit masa perlawanan pada hari ini.

24 Ogos 2025 Dataran Pantai Air Papan, MersingSekitar Program Semarak Subuuh, Majlis Pelancaran Xtif Johor Peringkat Negeri Johor dan Sv Go Green 2025 yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor yang berlangsung di Dataran Pantai Air Papan, Mersing. Program yang bermula dengan Semarak Subuh di Masjid Jamek Kg Air Papan dan berakhir di Dataran Pantai Air Papan ini menyaksikan pelbagai aktiviti dan acara yang dianjurkan bagi memeriahkan program ini. Selesai program Semarak Subuh di...

📆 5 Ogos 2025 (Selasa)📍Hotel Thistle, Johor BahruSouthern Volunteers telah dijemput untuk menghadiri Program Seminar Serantau yang bertemakan “Penerbitan Bebas, Menyatukan Naratif, Menjaga Batas” anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).Program ini memberi fokus kepada :-Etika dalam penulisan dan penerbitan kandungan-Cabaran naratif masa kini-Peranan belia dalam menjaga batas dalam media & sosialObjektif Seminar :-Meningkatkan kesedaran tentang penerbitan kandungan secara bertanggungjawab-Memupuk kefahaman naratif yang seimbang dalam kalangan belia-Menghargai kebebasan bersuara dengan etikaSeminar ini turut melibatkan penyertaan ramai peserta dari pelbagai latar...

📆 5 Ogos 2025 ( Selasa )📍 Ampang Superbowl, Kluang Mall, KluangPerlawanan dimulakan dengan ketibaan YDP Majlis Perbandaran Batu Pahat dan seterusnya taklimat serta format pertandingan yang telah disampaikan oleh pihak urusetia perlawanan bowling.Simbolik pertandingan dimulakan dengan balingan pertama oleh Ybhg. Haji Ezahar Bin Haji Abu Sairin, YDP Majlis Perbandaran Batu Pahat selaku Pengerusi Bersama Southern Volunteers Batu Pahat.Secara keseluruhannya, pertandingan berjalan dengan lancar dengan tujuan mengeratkan siratulrahim & gaya hidup sihat .. Xtif Johor. Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada...

📆 18 Februari 2025📍 Stadium Sultan IbrahimJDT membuktikan ia adalah pasukan yang bukan mudah dijinakkan dengan membenam pasukan Pohang Steelers 5-2 pada perlawanan AFC ACL Elite di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. Walaupun pihak lawan yang menjaringkan gol di awal perlawanan, JDT bangkit dan menyusun semula pergerakan dan strategi hingga membolehkan 3 mata penting dikumpul bagi meletakkan JDT di tangga yang ke-4 Kumpulan A AFC ACL Elite. Dengan keputusan ini, JDT telah mencatatkan sejarah dengan layak buat pertama kali ke...